Kamis, 20 Desember 2012

Bhagavan Sri Sathya Sai Baba
















Sri Ratnakaram Kondama Raju (kakek Sai Baba) menikah dengan Sri Lakthmama, merek...a mempunyai dua orang putra : Pedda Venkappa Raju dan China Venkappa Raju. Pedda Venkappa Raju menikah dengan Eswaramba dengan nama keluarga "Ratnakaram" dari keturunan Bharadwaja Rsi Ghotra di desa terpencil Puttaparthi, Andhra Pradesh, India Selatan. Pernikahan mereka dikaruniai 4 orang anak yaitu : 1. Seshama Raju, 2. Venkama Raju, 3. Parwathama, 4. Satya Narayana.

Pada saat kelahiran Satya Narayana alat-alat musik di rumah Beliau semua berbunyi tanpa ada yang memainkan. Dibawah tempat tidur Beliau ada ular kobra, namun ular tsb tidak menganggu Satya Narayana, bahkan ular itu melindungi Satya Narayana dari bahaya yang mungkin terjadi. Baba lahir hari Senin tanggal 23 Nopember 1926, bulan suci Kartika (hari yang dipersembahkan untuk memuja Siwa), bintang Ardha (pada saat bulan, hari dan bintang muncul secara bersama-sama), tahun Akshaya (yang tak pernah ditolak, yang selalu sempurna). Semua orang heran melihat bayi yang baru lahir tersebut tersenyum. Bayi itu memiliki tahi lalat di pipi sebelah kiri dan di dadanya. Di telepak kakinya terdapat tanda berupa gambar Sangka dan Chakra.

Subbamma, tetangga Eswaramba sangat menyayangi Sathyanarayana. Suatu hari, ketika Subbamma menyuapkan makanan kepada Sathyanarayana kecil Subbamma terkejut karena saat melihat Sathyanarayana membuka mulut, Subbamma melihat alam semesta tedapat di dalam mulut kecil Sathyanarayana. Subbamma terkejut dan mengalami kebahagiaan rohani karena melihat kejadian tersebut. Kejadian itu mirip dengan kisah masa kecil dari Avatar Sri Krishna yang ditulis dalam kitab Bhagavata Purana. Diceritakan kakak-Nya Krishna, Balarama, menuduh Krishna memakan tanah, Ibu Yashoda kemudian memaksa Krishna untuk membuka mulut-Nya. Ibu Yashoda terkejut karena melihat alam semesta berada dalam mulut Sri Krishna. Hal serupa pernah juga terjadi pada saat Shirdi Sai Baba – penjelmaan Sai Baba sebelumnya, menelen kelereng yang dimenangkan dalam permainan. Oleh Ibu si anak yang kalah bermain dipaksa untuk membuka mulut dan mengeluarkan kelerengnya. Namun yang dilihat dalam mulut Shirdi Sai Baba adalah alam semesta dalam mulut Shirdi Sai Baba.

Tujuan utama Sathya Sai Baba di jaman sekarang ini dilaksanakan secara perlahan dan bertahap, tidak tergesa-gesa, sehingga memerlukan perubahan yang memakan waktu jangka panjang. Untuk itu Beliau berencana sampai tiga kali mengganti wujud pisik-Nya dalam zaman ini. Perwujudan yang pertama Shirdi Sai Baba, yang kedua Sathya Sai Baba (Satya Narayana sekarang di Puttaparthy) dan yang akan datang Prema Sai yang menjelmakan diri-Nya di Mysor. Sathya Sai Baba telah menyatakan akan Mahasamadhi (meninggalkan tubuh fisik) di usia 96 pada tahun 2022 Masehi dan delapan tahun kemudian (tahun 2030 Masehi) akan berinkarnasi kembali sebagai Prema Sai Baba. Menurut-Nya, Prema Sai Baba akan lahir di Karnataka, di sebuah tempat antara Bangalore dan kota Mysore, India.

Pada kehidupan-Nya di Puttaparthy pun peran-Nya dibagi menjadi tiga tahapan. Pada usia sampai dengan enam belas tahun Beliau akan sibuk bermain dan bersenda gurau (permainan Illahi). Kemudian usia enam belas tahun berikutnya sampai dengan tiga puluh dua tahun Beliau akan menarik orang-orang kepada Beliau dengan mahima atau keajaiban atau mukjizat (mukjizat sebagai manifestasi kebesaran Tuhan atau Avatar, agar dapat memberikan sentosa atau kedamaian pada generasi masa kini). Mukjizat ini sering Beliau katakan hanya kartu pengenal saja. Tanpa kartu pengenal, tidak seorangpun dapat menduga kebesaran Beliau, sekalipun hanya aspeknya yang terkecil. Mukjizat-mukjizat Beliau sangat banyak, dari menciptakan sesuatu, memelihara atau mengamankan, sampai melenyapkan atau memusnahkan sesuatu. Hanya dengan melambaikan tangan Beliau mampu menciptakan patung, gambar, salib, tasbih, boneka, jam tangan, cincin dan sebagainya, pendeknya segala sesuatu, baik yang sudah biasa dikenal oleh orang sampai benda yang belum diketahui orang, menghidupkan orang mati, melipatgandakan makanan dllnya. Usia tiga puluh dua tahun dan seterusnya, Beliau lebih memfokuskan kepada Upades atau ajaran-ajaran Spiritual untuk membimbing menusia untuk selalu menjalankan Lima Nilai-Nilai Kemanusiaan yang ada pada diri manusia sejak lahir yaitu : Satya (kebenaran), Dharma (kebajikan), Prema (kasih sayang), Santhi (kedamaian) dan Ahimsa (tidak menyakiti atau menyiksa mahluk). Kelima ajaran ini dikenal dengan Panca Pilar Kehidupan.


Siapakah Sai Baba?
Sebelum melangkah lebih jauh, kita lihat dahulu siapakah sebenarnya Sai Baba. Nama sebenar beliau ialah Sathyanarayana Raju telah dilahirkan pada 23 November 1927. Sai Baba berasal dari Selatan India, sebuah kampung yang bernama Puttaparthi yang terletak dalam daerah Anantapur. Semenjak kecil lagi beliau dilihat sebagai budak yang keramat dan amat alim dalam agamanya.
Keajaiban Sai Baba dikatakan bermula sebelum ibunya mengandungkannya. Menurut cerita, sebelum mengandungkannya ibunya telah bermimpi melihat tuhan Hindu yang bernama Sathyanarayana. Easwarrama memberitahu suaminya telah dia telah mengandung selepas bermimpi melihat tuhan. Dia (ibu Sai Baba) juga mendakwa semasa mimpikan Tuhannya, dia telah melihat suatu cahaya biru datang ke arahnya dan bersatu dengan badannya. Maka disebabkan itu, dia menyimpulkan bahawa itu adalah roh pemberian tuhan Hindu ke dalam kandungannya. Selepas kelahirannya juga, orang-orang kampug mendakwa telah melihat beberapa ekor ular tedung (binatang suci orang Hindu) berkeliaran di luar rumah Sai Baba.
Ciri-Ciri Persamaan Sai Baba Dengan Dajjal
  • Berambut kerinting
  • Berbadan besar
  • Berupaya menghidupkan yang mati.(Sai Baba tak berjaya menghidupkan semula adik bongsunya yang mati pada 18 Oktober 2003)
Ciri-Ciri Yang Tiada Pada Sai Baba Tetapi Ada Dalam Hadith
  • Ibunya berbadan besar dan rendah manakala bapanya tinggi lampai dan hidung seperti paruh burung.
  • Kulit mukanya putih kemerah-merahan.
  • Berketurunan Yahudi
  • Berasal dari suatu tempat antara Syam dan Iraq
  • Hanya mata sebelah kiri yang dapat melihat, mata sebelah kanan buta dan agak terhapus termasuk wajah sebelah kanan.
  • Memaksa orang awam mengakuinya sebagai tuhan sedangkan Sai Baba tidak menyatakan hal demekian cuma orang ramai yang beranggapan ia berkuasa sperti tuhan. Namun begitu, tiada orang Hindu yang anggap ia tuhan.
Penafian Bahawa Sai Baba adalah Dajjal
Penafian bahawa Sai Baba bukan Dajjal dapat dilihat pada ibu bapa dan keturunannya sendiri. Ibu bapa Sai Baba tidak kelihatan seperti dalam gambaran hadith malah bukan pula berketurunan Yahudi. Ibu bapa Dajjal yang sebenar telah pun mati sejak sebelum kelahiran Nabi Musa lagi. Selain itu, Sai Baba juga kelihatan semakin tua dan tidak bermaya walaupun ia mendakwa mempunyai kuasa seperti tuhan.
Masyarakat Hindu mungkin mempercayainya sebagai anak tuhan namun ada seorang ahli silap mata terkenal India iaitu Basava Premanand mendakwa Sai Baba menipu dalam ajarannya. Premanand juga memberitahu beliau telah lama mengkaji dan memerhati tindak tanduk Sai Baba sejak tahun 1968 lagi. Laporan berkenaan dakwaan Premanand ini telah dihuraikan panjang lebar dalam majalah “Indian Today” yang diterbitkan pada Disember tahun 2000.
Seperkara yang paling tidak menampakkan ciri-ciri Dajjal ialah Sai Baba tidak berdakwah kepada orang-orang Islam di India. Sedangkan itulah matlamat Dajjal dalam dakwahnya. Dajjal seluruh hidupnya menjadikan Islam sebagai satu target utama untuk dimusnahkan kerana dari kalangan masyarakat Islam akan timbul musuh Dajjal yang utama iaitu Nabi Isa dan Imam Mahdi.
Bukan itu sahaja yang menjadi penafian terhadap Sai Baba sebagai Dajjal ialah Sai Baba memuji pula agama-agama lain dalam laman web rasminya. Sai Baba bersikap bertolak ansur dan tidak memaksa dan tidak pula merendah-rendahkan agama lain. Adakah Dajjal akan bersikap demikian?
“Let the different faiths exist, let them flourish, and let the glory of God be sung in all the languages and in a variety of tunes. That should be the Ideal. Respect the differences between the faiths and recognize them as valid as long as they do not extinguish the flame of unity.”
(Sathiya Sai Baba)
Kesimpulan
Kesimpulannya, Sai Baba bukanlah Dajjal dan Dajjal bukanlah Sai Baba. Penulis langsung tidak bersetuju Dajjal adalah Sai Baba kerana Sai Baba tidak menunjukkan kehebatannya dalam menerbitkan matahari dari Barat. Sai Baba juga hidup lebih dari 70 tahun sedangkan hadith mengatakan Dajjal hanya hidup dikalangan masyarakat setelah ia keluar sekadar 40 hari sahaja. Namun begitu, penulis boleh menerima pendapat sekiranya ada yang mengatakan Sai Baba adlaah bahan ujian Dajjal.
Pendapat itu lebih logik dan penulis sendiri agak terdorong dengan pendapat itu. Dajjal masih melakukan kajian-kajian untuk mencari pilihan terbaik tempat, situasi dan imej untuk dia muncul di tengah-tengah masyarakat. Penulis percaya Sai Baba adalah suatu subjek kajian Dajjal untuk melihat sejauh mana penampilan orang India dalam mempengaruhi masyarakat dunia. Maka tidak hairanlah Sai Baba mempunyai pertubuhan seluruh dunia termasuk Russia dan Eropah. Hairannya di Malaysia tidak ada.
Nampaknya Dajjal tidak akan muncul dikalangan masyarakat India kerana Sai Baba kurang dikenali malah berimej selekeh yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang-orang Eropah dan Amerika.